10 Desember 2010

Buat Sahabat

Armèly Mely


Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan jg kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Dikau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya
Lambang bunga lambang cuma sementara
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya
Daerah kita bukan daerah cinta
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara

Tiada senda gurau memanjang yang meleka
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh,
air mata dan musibah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,

Ikuti dibelakang ulama' supaya tidak goyah,
Bila dikatakan pada mu:
Perjuangan itu amat susah,
Dikau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keridhoan yang maha murah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,

Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid

Yang merindukan dan memburu syahid
Maaf kiranya tuturku yang pahit

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah

Walau pudar dan hambar datang tidak sudah
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah

Doaku agar kita berani seperti Hamzah
Malah punyai semangat sperti suamaiyah,....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar