Aku teringat mereka...
Memang berat tugas sebagai wanita.
Mereka isteri, ibu, kakak, anak perempuan yang menjaga ibu bapa, ada sebagian yang bekerja untuk membantu keluarga, selain tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.
Dalam kehidupan sehari-hari wanita selalu berperanan sebagai pengurus dan penjaga yang baik dalam keluarga.
Sudah tentu hal ini memerlukan kesabaran, pengalaman wawasan dan ilmu yang bukan sedikit, yang menuntut mereka menjadi serba bisa.
Salut padamu wahai yang bernama Wanita, apalagi wanita pekerja, niatkan yang baik supaya menjadi tiket kamu untuk masuk ke dalam syurga yang ABADI.
Berlandaskan al-Quran dan ajaran Islam, terdapat banyak amalan yang boleh dicontoh oleh wanita untuk menjadikan kita sebagai Muslimah yang bijak.
1. MELAKSANAKAN IBADAH.
Ibadah dan amal baik yang dilakukan secara konsisten akan membentuk suatu keseimbangan dalam diri.
Dengan menjadikan ibadah dan amal baik secara konsisten akan menjadikan diri lebih sihat dan fikiran tenang.
Allah berfirman dalam surah al-Ankabut: 45 ,
"Bacalah apa yang diwahyukan kepadamu yaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah sholat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari pada perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (sholat) adalah lebih besar (keutamaannya) daripada ibadah lain. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
2. IKUTILAH PERKEMBANGAN, JANGAN KETINGGALAN.
Allah menyukai orang yang berilmu dan bermaklumat dan sentiasa memperlengkapkan diri ke arah itu.
Apa lagi bagi wanita, pengetahuan akan menjadikan dirinya lebih sempurna untuk membantunya mendidik keluarga, terutamanya anak- anak.
Ini sekali gus menunjukkan bahawa Islam agama yang dinamik yang menggalakkan umatnya mengejar kecemerlangan.
Allah berfirman dalam surah al-Mujadalah: 11 ,
"Dan apabila dikatakan, berdirilah kamu, maka berdirilah, beberapa darjat."
Selain itu, Allah juga memberikan peringatan bahawa ada beda antara orang yang ber-ilmu dengan orang yang tidak berilmu.
Allah berfirman dalam surah az-Zumar: 9 ,
"Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal-lah yang mendapat pelajaran."
3. MEMELIHARA AKHLAK.
Orang yang mengerjakan, menghayati ajaran Islam seharusnya tidak akan terjadi pada dirinya perkara yang boleh mencemarkan nama baiknya.
Walaupun tidak diketahui orang atau hanya diketahui oleh dirinya sendiri, dia akan menjaga dirinya kerana dia yakin Allah tetap melihat apa yang dilakukannya.
Ini secara tidak langsung adalah dakwah kepada orang-orang di sekeliling kita agar mereka menerima yang baik mengenai penganut Islam yang taat.
Orang berakhlak bukan saja disenangi manusia lain tetapi ada ganjaran Allah yang menunggu. Makanya jangan cuma berlaku baik di waktu ada orang saja.
Allah berfirman dalam surah al-Mukminin: 1-3 ,
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, yaitu orang yang khusyuk dalam sholat mereka dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna."
cobalah sedikit demi sedikit untuk meninggalkan pekerjan atau kelakuan yang tidak ada manfaatnya.
4. MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN DALAM HIDUP.
Kebersihan akan menjaga diri dan mencegah daripada penyakit.
Kebersihan juga melambangkan keperibadian seseorang, dan menunjukkan nama Islam, sekali gus jadi simbol kemajuan bangsa dan agama Islam.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah: 222 ,
"Sesungguhnya Allah amat suka kepada orang yang bertaubat dan suka kepada orang yang menyucikan diri."
Rasulullah juga memberikan ingatan yang sama mengenai aspek kebersihan melalui sabda,
"Suci (kebersihan) adalah sebahagian daripada iman." (Riwayat Muslim)
Juga sabda Rasulullah lagi,
" Kebersihan itu dapat mengajak orang kepada iman. Dan iman itu akan bersama pemiliknya ke syurga." ( Riwayat Thabrani)
Aku juga terlahir dari seorang wanita.
Aku teringat Ibu'ku, Mbak ku
semoga sehat-sehat saja.
By : dindra
egdin19@yahoo.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar